Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Babah...



RAMLAN BIN ABDUL KARIM

Babah..

Masa along kecil,babah selalu bawak along jalan2..
Selalu bawak pegi jogging & jalan2 kat pantai sambil makan pringles..
Bawak pegi tugu negara..
Sampai sekarang ade lagi along simpan gambar tu..

Babah..

Bile along dah sekolah,along selalu buat babah marah..
Along curi duit babah,
Along ponteng sekolah sampai babah malu nak jumpe cikgu..
Along isap rokok sampai babah marah sangat masa tu..

Babah..

Bile along dah masuk sekolah teknik,along duduk asrama..
Babah selalu datang ambil & hantar along..
Babah tak pernah pon merungut cakap bende tu susah..
Babah ingat tak lagi masa mama duduk hospital sebab lahirkan akak?
Masa tu kita tinggal dua orang je dekat rumah..
Babah bawak along gi Macdonald..
Bawak jalan2..Babah cakap boleh bebas sikit bile mama takde kat rumah..
Along suka masa tu sebab babah ada masa untuk along..
Kite pergi hospital & mama tunjuk akak dari tingkap hospital..
Akak comel sangat macam anak cina..

Babah..

Bile along dah masuk kolej,Babah hantar jugak lagi..
Along dah taknak susahkan babah..
Sebab tu along mintak nak motor..
Last2 babah belikan jugak along motor sebab nak bagi along senang nak bergerak..
Tapi,
Along perasan satu je..
Lepas along dah ade motor,hubungan kita dah makin renggang..
Along dah selalu takde kat rumah..
Tapi satu yang along masih ingat..
Masa tu babah 1st time tau yang along main drum..
Babah suke sangat sebab dulu babah main drum jugak kan?

Babah..

Sekarang along dah 25 tahun..
Kita banyak share minat yang sama..
Babah minat kereta,along pon minat kereta jugak..
Sekarang ni along rase kita makin rapat..
Banyak bende kita dah boleh share..
Along harap kita dapat macam ni selamanya..

Terima kasih kerana telah menjadi seorang Bapa yang sangat hebat..

I Love U Babah...

Saturday, June 20, 2009

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq.

Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Menarik....

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."


Jadi renungkan lah....


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,sela-
gi hati kita berdengki,
jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Monday, June 15, 2009

9W2GNT in Malaysia Radio Ham Blog





Blog ni dah tersenarai dalam blog Malaysia Radio Ham (http://myradioham.blogspot.com/).
Thanks to Rudy 9W2REJ atas respond yg sungguh pantas..

Sunday, June 14, 2009

JODOH...




Renungkanlah sedalam-dalamnya.............

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Adaorg jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabulselain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cubamendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...

Friday, June 5, 2009

Smiling Face...






Hari2 aku senyum...
Hari2 aku rase seronok nak pegi kerja...
Hari2 aku rasa dihargai...
Hari2 aku cepat2 siap nak sampai opis...
Hari2 aku ade semangat nak buat kerja even hari isnin pon...


Thanks for shining my life...

Tuesday, June 2, 2009

Selamat Pengantin Baru










Selamat Pengantin Baru untuk Tuan Presiden Kenarianz Club En. Totttis (Adi Iskandar Alias) & pasangannya Pn. Zana

Semoga Ikatan Yang Telah Terlaksana Ini Kekal Hingga Ke Akhir Hayat..

Tanda-tanda Kecil Kiamat.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.