Saturday, January 10, 2009

Masyaallah..

Ya Allah ya tuhanku..
engkau selamatkanlah rakyat Palestin Ya Allah..
engkau turunkanlah bala sebesar-besar bala kepada tentera zionis seperti yg telah engkau buat ketika perang Badar dulu Ya Allah..
sesungguhnya hambamu ini tidak lagi sanggup melihat saudara-saudara Islam ku terseksa hidup disana Ya Allah..

Kematian bukanlah satu permainan..
Kanak-kanak ialah masa depan negara..
bukan patung untuk di bom sesuka hati..

Kita disini hanya mampu berdoa & menolong setakat ape yg boleh..
beramai-ramai kita menadahkan tangan memohon doa supaya diselamatkan mereka dari peperangan ini..
kita sedekahkan Al-Fatihah kepada lebih 700 org yg telah terkorban disana..

Al-Fatihah....

Sinar Cahaya Ayat Kursi.

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain...

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun
satu ayat..."




Wassalam,


"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk
Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk
Akhirat Mu"

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru!!!!

Yeaaa...selamat datang tahun 2009...
di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat tahun baru kpd semua pengunjung blog aku nih..
semoga tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelumnya...

kalo tiba tahun baru,mesti org akan bercakap pasal AZAM...
azam??encik Azam ke??huhu...
yg aku tau,azam selalu mesti tak tertunai...
azam aku tahun ni??hmmmm....
rasenye same mcm tahun lepas kot...
sebab tahun lepas punye pon mcm xtertunai lagi...

azam aku,nak perbaiki diri dan hidup aku...

korang sama2 doakan aku ek...

Selamat Tahun Baru 2009!!!!

Tips....

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5
kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir,
dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika
solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah
SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', 'Allahuma
Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-
DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau
takabur.
Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu
2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS
i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian
kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamua'laikum..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.


7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur..

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Sunday, December 28, 2008

Kenarianz Karnival Riben Merah In K-Kompak Magazine...

Kenarianz dalam K-Kompak lagi...





Al-Fatihah...

Disini aku nak ucapkan salam takziah kepada kerabat diraja Negeri Sembilan diatas kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yg mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban pada pukul 11.45pagi 27 Disember 2008 bersamaan 29 Zulhijjah 1429..

Jenazah Almarhum baginda ditempatkan di Dewan Balairong Seri,Istana Besar Seri Menanti untuk penghormatan terakhir.
Jenazah Almarhum baginda akan dikebumikan pada 29 Disember 2008 selepas solat Asar.

Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang2 yg beriman...

Al-Fatihah....

Friday, December 19, 2008

alhamdulillah...

aku baru balik dari kursus perkasa diri tajaan tempat keje aku..
alhamdulillah,aku banyak temui ilmu kat sane..
xkire la ilmu pape pon..
yg penting,aku byk mengenali islam dgn lebih terperinci...
ya allah..banyak lagi rupenye dalam islam yg aku tak tau..
dah bleh cakap lagi sikit nak jahil dah nih...

seronok memang xyah cakap la..
memula nak pegi tu memang malas je..
bile dah sampai,memang rase xnak balik..

3 hari 2 malam aku kat sane memang tak cukup..
byk lagi yg patut aku & peserta lain kene belajar..

bak kate ustaz tu,kita ditemukan disini atas kehendak DIA...
masyaallah...besar kuasa tuhan...
mungkin DIA nak aku kembali kepadanya...
dah jauh aku pegi ni..
baru skang aku nampak jalan balik...

gambar??nanti aku upload la...
xlarat nih..
internet umah aku kene potong lak...huhu..
ni pon online wifi je kat restoran ameer bangi sklai makan nasi ayam....

k la..aku upload 1 gambo je dulu ek..
tata..
assalamualaikum...