Sunday, November 1, 2009
1000KM
baru balik dari perjalanan lebih 1000KM..
Trip meter aku bile sampai balik kat umah dah 1400KM++
Jauh gak perjalanan aku..
mane taknye,perjalanan aku Kajang-Kota Bharu-Kuala Terengganu-Kuantan-Kajang.
Tujuannye..hehe..ni kira sambung la dari entry yang lepas..
ni kira 1st time aku drive pegi kelantan..sebelum ni pernah sekali pegi sana,tapi ayah aku yg drive..
Aku bertolak dari umah pukul 4.30 pagi..aku bawak adik aku skali.tapi sorang je yg pegi..yg no 3 tu.
nak tau tak..aku punye excited nak gi sane,sampaikan aku tak tido langsung malam tu..
nasib baik la dah cover tido sket petang tu..
alhamdulillah selamat sampai pukul 2.30pm..maklumla..1st time gi sane drive sendiri..
memang lambat la sampai..
Alhamdullilah lagi skali & syukur kehadrat ilahi sebab segalanya berjalan lancar kat sana..
keluarga pihak sana pon dapat terima aku seadanya..
tapi rupa2nye tekanan bukan datang dari family die..tapi dari kereta aku sendiri..
haa..cerita die,petang tu kiteorg gi hantar anak buah die kat asrama sekolah teknik(nama aku dah lupa)..
lepas tu,kiteorg gi la PCB(Pantai Cahaya Bulan @ Pantai Cinta Berahi)..baik nye dok makan kat sane..
pastu alih2 time nak balik tu,kete buat hal..
tetibe je tak leh start..ingat kan bateri kong..
mintak tolong kat kete sebelah jump kete aku..
nasib baik ade jumper..(kat sini bermulanya aku start makin suka ngan org2 kelantan..semua baik2)
lepas tu taknak hidup gak..
nak jadikkan cerita,ade lak sorang brader ni nak tolong aku..
ngam2 lak die bwk pomen die gi mancing kat situ..
name die sarjen syukri..die ni polis kat sana..
punye la baik brader ni..aku tu memula takut gak..sebab takut kene tipu..
last2 memandangkan die je satu2 nya harapan aku,aku buat2 ok je la..
pomen die cek punye cek,die cakap fuel pump aku rosak..adeh..padahal baru je tukar hari tu..
nak taknak,kene la towing kete aku tu gi bengkel dkt kota bharu..
dah la jauh..tapi yg bestnye,upah tarik murah..RM100 je aku kena..
esoknye tu baru la aku gi amek kete..
rupe2nye,fuel pump ok..wiring die je problem..
kene la RM100 & aku consider murah jugak sbb kalo kat sini cek wiring je dah dekat rm80 paling murah..
siap je kete,terus gerak gi rantau panjang..dapat la beli barang sikit..
pastu gerak gi terengganu..pegi pon singgah jap je kat masjid kristal..
kecik je masjid ni..tapi rekaan die unik..
memang cantik sgt..
lebih kurang pkl 10.00 malam,kiteorg terus gerak ke kuantan umah nenek aku..
dah macam cite hindustan lak siap gi mintak restu nenek..hehe..
kat umah nenek sehari je..pastu hari isnin tu terus gerak balik lepas beli keropok kat kemaman sambil makan satar & otak2..
so..dah setel semua dah..tinggal lagi untuk bulan 3 je..
oppss..bulan 3??ade ape ek??
emm..tunggu je la entry yg lain pulak..
kat bwh ni ade sikit gambar2 yg aku amek..
enjoy..
Time ni baru sampai kat Kota Bharu.
Ni pulak time sampai kat PCB..chewahh..masa ni tak tau lagi kete rosak..
Menolak la...ape lagi..
Adehhh...dah la lowerded..
Ni on the way gi Rantau Panjang..singgah jap kat satu lagi masjid(takde name lagi kot) yg unik kat sini..
Kenari ku untuk dijual!!!
Enjin - K3-VE2 1.3 DVVT (from toyota duet)
Mileage - 37000++km
Interior:
- Seat aerodown
- Column shift
- Dashboard aerodown walnut panel
- Door trim aerodown 4 power window
- Karpet peanut
Exterior:
- bumper depan aerodown
- bumper belakang aerodown double reverse light.
- bonet with scoop.
- casual taillight
- spoiler itik
- complete 8 pcs move door glass(not in picture)
- front move windscreen
- rim 14" ce28
- Manual move chrome side mirror(not in picture)
PRICE = RM26,000 (nego)
Call for viewing
019-6769097 Gent
Serious buyer only
Sunday, September 27, 2009
Alhamdulillah..hari ni lepas dah satu hal.tinggal lagi untuk hujung bulan depan giliran aku pulak..
Family aku -DONE
Another family - HALF (nak kene set trip meter 1000km pegi-balik)
Preparation - 1/4 DONE
Planning - 1/4 DONE
Dah ketaq lutut bile pikir pasal 1000km tu..rase cam taknak pegi pon ade..
tapi mengenangkan bende ni HARUS aku tempuh jugak..
so,nak taknak kena dirempuh jugak la..
Haa..tak paham??
LU PIKIR LA SENDIRI...
Saturday, September 26, 2009
K3-VE2
haa..kan aritu aku dah ckp nak bagitau ape dah jadik kat kereta aku kan?
skang aku kotakan janji aku tu,aku bagi korang tgk ape maksud aku ngan K3-VE2 tersebut..
haa..ini la yg aku maksudkan..jantung kete aku dah ditukar..tp takde turbo la..
cukup la dgn ape kuasa yg ade kat enjin nih..
kat bawah ni aku sediakan spec enjin ni utk tatapan korang..
Displacement, cc: 1297
Engine model: K3-VE2
Max.power (Net), kw(PS)/rpm: 110 ps (80.91 kw) / 7000 rpm
Max.torque(Net), N*m(kg*m)/rpm: 12.8 kg*m (125.53 N*m) / 4400 rpm
Power density: 7.73
Engine type: Water cooling serial 4 cylinder DOHC16 valve
Engine information: Horizontal ranging
Fuel system: EFI (electronic fuel injection)
Turbocharger: No
Fuel type: Unleaded premium gasoline
LEV system (Low emission vehicle): Yes
Compression ratio: 11
Bore, mm: 72
Stroke, mm: 79.7
Fuel consumption at 10-15 modes, l/100km: 5.6
Fuel consumption at 60 km/h, l/100km: n/a
Selamat Hari Raya!!!
Monday, July 20, 2009
Update kesibukan harian ku..
lately ni aku tersangat lah sibuk sampai takde mase nak update blog..
banyak yang dah jadik kat aku dan kereta aku..hah!!! kereta??
hmm..tunggu entry yg seterusnya nanti ek..
Sunday, June 21, 2009
Selamat Hari Babah...
RAMLAN BIN ABDUL KARIM
Babah..
Masa along kecil,babah selalu bawak along jalan2..
Selalu bawak pegi jogging & jalan2 kat pantai sambil makan pringles..
Bawak pegi tugu negara..
Sampai sekarang ade lagi along simpan gambar tu..
Babah..
Bile along dah sekolah,along selalu buat babah marah..
Along curi duit babah,
Along ponteng sekolah sampai babah malu nak jumpe cikgu..
Along isap rokok sampai babah marah sangat masa tu..
Babah..
Bile along dah masuk sekolah teknik,along duduk asrama..
Babah selalu datang ambil & hantar along..
Babah tak pernah pon merungut cakap bende tu susah..
Babah ingat tak lagi masa mama duduk hospital sebab lahirkan akak?
Masa tu kita tinggal dua orang je dekat rumah..
Babah bawak along gi Macdonald..
Bawak jalan2..Babah cakap boleh bebas sikit bile mama takde kat rumah..
Along suka masa tu sebab babah ada masa untuk along..
Kite pergi hospital & mama tunjuk akak dari tingkap hospital..
Akak comel sangat macam anak cina..
Babah..
Bile along dah masuk kolej,Babah hantar jugak lagi..
Along dah taknak susahkan babah..
Sebab tu along mintak nak motor..
Last2 babah belikan jugak along motor sebab nak bagi along senang nak bergerak..
Tapi,
Along perasan satu je..
Lepas along dah ade motor,hubungan kita dah makin renggang..
Along dah selalu takde kat rumah..
Tapi satu yang along masih ingat..
Masa tu babah 1st time tau yang along main drum..
Babah suke sangat sebab dulu babah main drum jugak kan?
Babah..
Sekarang along dah 25 tahun..
Kita banyak share minat yang sama..
Babah minat kereta,along pon minat kereta jugak..
Sekarang ni along rase kita makin rapat..
Banyak bende kita dah boleh share..
Along harap kita dapat macam ni selamanya..
Terima kasih kerana telah menjadi seorang Bapa yang sangat hebat..
I Love U Babah...
Saturday, June 20, 2009
9 Sebab Hati Tidak Bahagia
Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"
Menarik....
Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:
"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungkan lah....
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,sela-
gi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
Monday, June 15, 2009
9W2GNT in Malaysia Radio Ham Blog
Blog ni dah tersenarai dalam blog Malaysia Radio Ham (http://myradioham.blogspot.com/).
Thanks to Rudy 9W2REJ atas respond yg sungguh pantas..
Sunday, June 14, 2009
JODOH...
Renungkanlah sedalam-dalamnya.............
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Adaorg jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.
Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabulselain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cubamendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...
Friday, June 5, 2009
Smiling Face...
Hari2 aku senyum...
Hari2 aku rase seronok nak pegi kerja...
Hari2 aku rasa dihargai...
Hari2 aku cepat2 siap nak sampai opis...
Hari2 aku ade semangat nak buat kerja even hari isnin pon...
Thanks for shining my life...
Tuesday, June 2, 2009
Selamat Pengantin Baru
Semoga Ikatan Yang Telah Terlaksana Ini Kekal Hingga Ke Akhir Hayat..
Tanda-tanda Kecil Kiamat.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.
Thursday, May 21, 2009
Update 22/5/2009
besday aku baru lepas 20 mei hari tu..
thanks pada yg wish..
untuk pengetahuan korang,aku sedang menjauhkan diri dari dunia internet buat seketika..
entry2 akan takde dalam mase beberapa hari @ minggu lagi sehingga korang nampak update dalam blog korang...
thanks pd follower blog ni..
Saturday, May 9, 2009
Selamat Hari Mama...
SALBIAH BINTI ABDUL RAHIM
Pernah aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Katanya supaya aku pandai
Mama..
Pernah aku merajuk
Katanya aku manja
Pernah aku melawan
Katanya aku degil
Pernah aku menangis
Katanya aku lemah
Mama..
Setiap kali aku tersilap
Dia hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat
Dan
Bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan
Mama..
Dia senyum bila aku senyum
Dia ketawa bila aku ketawa
Namun…..
Tidak pernah aku lihat air mata dukamu
Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu….
Mama..
Along sayang mama...
Wednesday, April 22, 2009
Update!!!!
haa..acai.aku dah update blog dah..
eee..bising jew...huhu...
update entry harini,
jam menunjukkan pukul 1.49am,
aku ade kat atas katil bersama laptop Acer ku berserta broadband Celcom ku & jua thumbdrive ku yg bersaiz 2 gig yg telah aku muatkan dgn cerita CJ7 yg aku baru nak tengok..huhu..
UPDATE!!!
aku ngantok..
baru balik lepak minum dekat ngan opis aku a.k.a sup meletup bersama2 along botak & ajoy yrvturbotakbolehjalansebabroadtaxmati...
UPDATE!!!
kerja hari ni agak menyeronokkan..
2 bijik kereta aku dah tarik hari ni..
padan muke..sape suruh taknak bayar..
kehkeh...
customer pon 2 org kene maki ngan aku sebab dorang degil tak nak angkat call bile aku call pakai talipon opis..
blah la lu orang....
aku bukan ALONG la...
UPDATE!!!
ok dah..
aku ngantok..
nak tido...
gudnite semua....
tata...
huargghhh!!!>..
ayark..lupe tutup mulut..
nasib baik lalat dah tido..
kalo tak,abes masuk mulut aku...
KROIIIHHHHHHHHHHHH.........
Saturday, April 11, 2009
Vice President??
Vice President??
aku jadik VP??
ayark...
hmm..betul la tu.
aku dah jadik Mr. VP untuk kelab department tempat aku keje..
kelab ni dinamakan MCRC Club..
MCRC = Monitoring,Collection, and Recovery Centre.
keputusan atas undian yg dorang buat pertengahan march lepas..
aku pon tekejut dgn keputusan ni..
mane taknye,aku dah la baru je nak masuk 5 bulan keje kat situ..
dah dorang bagi kepercayaan kat aku..
yg bestnye,aku dah la pegang jawatan kat dlm Kenarianz,ni pulak ade lagi jawatan penting yg aku sandang..
tapi dah org percaya kat kita kan..
so,kene buat yg terbaik la..
so far aku tanye staff lain,dorang ckp dorang percaya aku boleh buat sbb aku jadik marshall time family day kiteorg kat kuantan tu..
so,dorang tau aku boleh buat..
emmm...ok..alasan yg kire bernas gak la..huhu..
so,event pertama yg dah aku handle ialah majlis perpisahan sorang dari staff department aku yg akan bertukar ke NAZA WORLD..
majlis berlangsung agak baik walaupon aku takde prepare ape2 text utk aku ucapkan hari tu..
emm..kenape aku lak yg kene bagi ucapan??mane Mr. P??
utk pengetahuan korang,Mr. P masuk spital sbb operation lutut..
maknenye,2 bulan gak la aku kene handle sume bende nih..
huhu..masak....
majlis hari tu ade la sikit selisih faham ngan management lama..
eleh..dorang jeles la tu sbb majlis kiteorg lagi best..huhu..
siap sanggup xnak makan jamuan yg kiteorg sediakan tu pasal boikot je..
aperdaa..
lantak la..kalo ko xnak makan pon xpe..
tak rugi pon...bueeekkkk....
aku harap sangat tahun ni aku dapat handle kelab ni & Kenarianz untuk lebih berkualiti & disegani dimata ramai...
Ya Allah,berikan aku kekuatan dalam memegang amanah2 ini..
Amin..
BMW X6
Kereta ni ialah SUV paling ganas pada pendapat aku..
aku penah selisih ngan BMW ni kat highway..
aku dah rase cam aku naik basikal roda tiga je bile lalu sebelah kete nih..
Bila dah minat,aku pon start survey harga,spec & gambar2 kete ni..
kalo kat malaysia ni,harga die dlm RM699k..
tu blom on the road lagi..
so,enjoy specifications yg aku amek dari Paultan.org ni..
Two variants of the new E71 BMW X6 Sport Activity Vehicle will be made available - both petrol but these product photos show that there will be a diesel one available too. The top of the line 4.4 liter twin turbocharged V8 petrol engine used in the X6 is new engine unveiled to the world for the first time.
The BMW X6 xDrive50i uses a new 4.4 liter V8 direct injection twin turbocharged all-aluminium engine putting out 408 horsepower between 5,500rpm and 6,400rpm, and 600Nm of torque over a wide range of between 1,800rpm and 4,500rpm. It is the first turbocharged V engine in the world to feature its turbocharger between the V section in the middle of the two banks of cylinders.
The engine uses water-to-air intercoolers which provide a shorter air path, and omits the use of Valvetronic throttle-less intake, a choice BMW made with the N54B30 twin turbocharged inline-6, and the BMW Prince engine used in the MINI Cooper S.
The other petrol model is the BMW X6 xDrive35i, using the award winning 3.0 liter twin turbo inline-6, also powering the 135i and 335i, making 300 horsepower between 5,800rpm and 6250rpm, and a peak torque of 400Nm between 1,400rpm and 5.000rpm. The oil burner model is the BMW X6 xDrive35d, powered by the potent 3.0 liter sequential twin turbodiesel of course.
BMW’s xDrive permanent all-wheel drive which comes standard on the X6 now has Dynamic Performance Control, which is essentially a torque vectoring system. Dynamic Performance Control ensures variable distribution of forces between the two rear wheels via an innovative torque vectoring rear differential and an advanced computer control system. This creates a DSC-like effect but without the momentum loss because of DSC’s use of braking. This control can be employed independent of engine load of drive power, so it also works when the driver’s foot is off the throttle pedal - a first in the world.
Ride and handling is controlled by Integrated Chassis Management technology, which varies drivetrain and suspension functions within fractions of a second, responding to sudden changes in driving conditions such as spontaneous steering maneuvers on changing surfaces, whether accelerating or braking. Vehicle control in situations that requires it is primarily employed by Dynamic Performance Control - DSC which uses brakes only kicks in at far limits of vehicle stability.
Of course, every performance X BMW needs to have Adaptive Drive, which is a fantastic system I’ve tried out in first person. It uses variable anti-roll bars and dampers to control body roll - this makes a huge difference!
Now the boring utility stuff - storage space in the rear of the BMW X6 is rather large at 724 liters, and this can be increased by folding down the rear seat backrests to 1690 liters. The BMW X6 seats 4.
DRIVING SUV,FEEL LIKE A SPORT CAR
Sunday, March 22, 2009
Lagu Kita - Aizat
lirik yg sgt best..
Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu
Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita
Cuba - Faizal Tahir
aku kalau dgr lagu ni memang tangkap nye...
tak tau la pasal ape...
meh2..kite cuba selami lirik lagu ni..
Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa
Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu
Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri
Dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa
Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu
Maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku
Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu
Mission Complete!!!!
lega...
pasni xyah pegi lagi dah..
pegi??
pegi ape nih?
hehe..sbnrnye aku pegi hadirkan diri ke satu kursus nih...
seronok rupenye..
aku tak cukup tido pon jadik tak ngantuk..
emm..alhamdulillah dah selesai...
Saturday, March 14, 2009
Family Day...
seronok takyah cakap la..
dah la pegi sane tak payah keluar duit,dorang siap bagi lagi duit minyak & tol..
malam dinner pulak,dengan temanya Malam Santai,siap dapat duit untuk cabutan bertuah..
yg bestnye,semua yg hadir confirm dapat paling kurang RM100..
walaupon aku baru lagi bekerja kat sini,tapi kemesraan antara kakitangan sgt2 aku hargai..
dorang tak kisah walaupon kiteorg ni staff baru,dorang tetap layan dgn baik..
malah,ex-staff pon ade datang..
aku pulak dilantik menjadi marshall untuk konvoi pagi tu..
cuma konvoi agak kucar kacir sikit pasal kekurangan peralatan untuk komunikasi..
tapi alhamdulillah konvoi selamat sampai walaupon terlambat sikit dari waktu yg sepatutnye..
Gambar??
ade2..nanti aku akan update balik posting ni..
aku sebenarnye malas nak transfer lagi gambar dalam kamera aku tu..
byk sgt.
huhu..
My New Gadget Part 2
GPS Navigation Device
bende ni memang aku sgt2 perlukan..
lagi2 bilemana aku selalu buat site visit..
manjang tak dapat jumpe jalan je...
hah..skang dah takde masalah lagi...
bende ni aku beli murah je..
takde la sehebat Garmin..
tapi takpe la..
janji boleh pakai & boleh update map die..
Saturday, February 28, 2009
My New Gadget...
aku dah ade gadget baru..
kalo aritu aku post pasal celcom broadband aku,
kali ni aku dah beli modem lak...
yaa..itu dia..Huawei E160G USB Modem.
aku beli dgn harga yg agak murah...
kalo ade yg nak beli,aku rekomen sgt2 seller nih..
kalo ade yg nak,bleh contact aku..
nanti aku bagi nombor seller tu..
speed aku skang??
huhu..
meh kite tgk...
meh la lawan speed lak nizam...
kuikui....
Thursday, February 19, 2009
Sangat Best...
Best..ape yg best??
best tgk movie??
best mkn mc'd??
best jalan2??
xla..sebenarnye,yg bestnye,aku dah ade Celcom Broadband...
syok ooo...skang aku dah bleh online dalam bilik..
xyah aku dok sibuk nak connect Streamyx aku yg wayarnye begitu berserabut kat belakang pc aku tuh..
Akhir kata,terima kasih pd Celcom yg memberi akses yg laju kat aku..
pc opis aku yg bengong lembap tu pon jadik best bile connect ngan mende nih..
Sunday, February 1, 2009
Kenarianz AGM & Family Day.
Kenarianz Annual General Meeting & Family Day 2009 telah diadakan di Bayu Beach Resort,Port Dickson pada 30/1-1/2/2009.
Tahniah kepada semua yang mengundi & yg datang termasuk ahli2 dari serata malaysia..sabah,penang,perak & johor.
korang memang best..
Tahniah juga diucapkan kepada Ahli jawatankuasa tertinggi yg telah dilantik..
semoga kenarianz akan terus maju dibawah pucuk pimpinan yg baru..
Acai..tak sia2 ko pancing undi..hehe..
Terima kasih yg tak terhingga kepada yg telah mengundi saya sebagai AJK Traffic.Tanggungjawab yg korang semua berikan kepada aku akan aku lakukan dengan sehabis baik..
Terakhir sekali,syabas..syabas...syabas kepada semua...
Kuda Baruku...
Saturday, January 10, 2009
Masyaallah..
engkau selamatkanlah rakyat Palestin Ya Allah..
engkau turunkanlah bala sebesar-besar bala kepada tentera zionis seperti yg telah engkau buat ketika perang Badar dulu Ya Allah..
sesungguhnya hambamu ini tidak lagi sanggup melihat saudara-saudara Islam ku terseksa hidup disana Ya Allah..
Kematian bukanlah satu permainan..
Kanak-kanak ialah masa depan negara..
bukan patung untuk di bom sesuka hati..
Kita disini hanya mampu berdoa & menolong setakat ape yg boleh..
beramai-ramai kita menadahkan tangan memohon doa supaya diselamatkan mereka dari peperangan ini..
kita sedekahkan Al-Fatihah kepada lebih 700 org yg telah terkorban disana..
Al-Fatihah....
Sinar Cahaya Ayat Kursi.
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain...
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun
satu ayat..."
Wassalam,
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk
Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk
Akhirat Mu"